Wednesday, January 23, 2019

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2019

 
 
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
Menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara bagi Sesi Pengajian Semester 1 2018/2019. Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Skim Perkhidmatan DH).

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik seperti berikut:

A) Peringkat Sarjana
B) Peringkat PhD
Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB)
Menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa (SB) kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Skim Perkhidmatan DH) yang sedang mengikuti pengajian secara SEPARUH MASA di peringkat Sarjana dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara.

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik seperti berikut:

A) Peringkat Sarjana
B) Peringkat PhD
Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Kakitangan Bukan Akademik (SLPP)
Menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada para pentadbir dan pegawai bukan akademik IPTA bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara bagi Sesi Pengajian Pengajian Semester 1 2018/2019.